CARA MOHON BANTUAN TAPEM

CARA MOHON BANTUAN TAPEM

cara mohon bantuan tapem

Kepada pelajar berasal di Melaka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi,  anda boleh cuba membuat permohonan Bantuan One Off TAPEM. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan One Off TAPEM yang anda perlu dan juga cara membuat permohonan bagi pemohon yang berkelayaka.

KETAHUI APA ITU TAPEM

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

BACA JUGA : RUMAH MAMPU MILIK B40

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN TAPEM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Pengundi di Negeri Melaka;
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja;
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT;
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat, permohonan tidak di pertimbangkan.

SENARAI IPT YANG LAYAK BANTUAN KEWANGAN TAPEM

Berikut adalah merupakan senarai IPT yag layak bagi pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini:

  • AKADEMI LAUT MALAYSIA         ALAM
  • INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)              
  • INST. PENGAJIAN TINGGI ISLAM & BHS ARAB (MADIWA) (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)             
  • INST. PENGAJIAN TINGGI ISLAM JOHOR (MARSAH) (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)        
  • INST PEN. TINGGI ISLAM PERLIS (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA) IPTIP
  • KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI           
  • KOLEJ ANTARABANGSA DMDI
  • KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
  • KOLEJ IKIP (Bidang Pengajian Islam Sahaja)       
  • KOLEJ KOMUNITI KEM. PENDIDIKAN   
  • KOLEJ RISDA (Bidang Pertanian sahaja)               
  • KOLEJ UNITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM) 
  • KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (PENGAJIAN ISLAM SHJ)           
  • MELAKA INTERNATIONAL COLLEGE OF SCIENCE & TECHNOLOGY (MICOST)      
  • POLITEKNIK      
  • STAMFORD COLLEGE (MALACCA) SDN BHD      
  • UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (INDONESIA)
  • UNIVERSITI AL AZHAR, MESIR   AL AZHAR
  • UNIVERSITI AL-BAYT, JORDAN 
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA    
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH,(PENGAJIAN ISLAM SAHAJA) 
  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 
  • UNIVERSITI MALAYA    
  • UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN        
  • UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG            
  • UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 
  • UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 
  • UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK         
  • UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 
  • UNIVERSITI MELAKA    
  • UNIVERSITI MULTIMEDIA MALAYSIA   
  • UNIVERSITI MU’TAH, JORDAN 
  • UNIVERSITI OF YARMOUK, JORDAN     
  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA          
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK          
  • UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA  
  • UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN     
  • UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA        
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA      
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA               
  • UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA       
  • UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
  • YAYASAN PELAJARAN JOHOR (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)       Y

KADAR BANTUAN– cara mohon bantuan tapem

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak mengikut katagori:

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Sarjana Muda: RM400
  • Ijazah Sarjana: RM400
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM400

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN TAPEM

Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan https://tapemonline.melaka.gov.my/
  2. Klik pada Pendaftaran
  3. Baca kelayakan pemohonan dan klik pada Daftar Permohonan
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengap
    • Nama Penuh
    • Parameter ID
    • No Kad Pengenalan
    • Institusi/Universiti :      
    • Email   
    • Pengguna Id :  
    • Katalaluan :      
    • Sahkan kata laluan
  5. Setelah lengkap semuanya klik Daftar
  6. Kemudian Log masuk kembali akaun anda untuk membuat pemohonan bantuan ini.
  7. Ikuti proses selanjutnya sehingga selesai

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari website rasmi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) di pautan https://tapem.melaka.gov.my/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *