KEMASKINI NO TELEFON KWSP SECARA ONLINE

KEMASKINI NO TELEFON KWSP SECARA ONLINE

KEMASKINI NO TELEFON KWSP

Untuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah membuat permohonan i-Citra kerana telah tukar no telefon, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.

Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:

  1. Jawab soalan keselamatan
  2. Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP

Bagi memudahkan urusan dan transaksi(TAC) KWSP secara online,ahli KWSP hendaklah mendaftar i-Akaun KWSP. Ahli perlu mempunyai nombor telefon peribadi bagi mendaftar i-Akaun KWSP atau akaun KWSP online.

BACA JUGA : CARA MOHON RUMAH PRIMA

CARA KEMASKINI NO TELEFON KWSP DI CAWANGAN KWSP(Jika mempunyai i-Akaun KWSP)

  1. Sila hadir ke cawangan KWSP
  2. Sila isi borang kemaskini maklumat ahli
  3. Serahkan borang kemaskini
  4. Kini anda berjaya menukar nombor telefon KWSP

KEMASKINI NO TELEFON KWSP DI KIOSK KWSP(Jika mempunyai i-Akaun KWSP)

  1. Sila hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Masukan kad pengenalan ke dalam Kiosk KWSP
  3. Sila imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari
  4. Kemudian,sila pilih transaksi KEMASKINI NO TELEFON BIMBIT UNTUK TAC
  5. Sila kemaskini nombor telefon bimbit anda,tekan KEMASKINI
  6. Kini anda berjaya menukar nombor telefon/TAC KWSP

KEMASKINI NO TELEFON KWSP(-Jika tidak mempunyai i-Akaun KWSP)

Jika anda tidak mempunyai i-Akaun KWSP tetapi anda merupakan ahli KWSP,sila sediakan aplikasi berikut untuk membuat kemaskini no telefon KWSP:

Sebelum membuat kemaskini no telefon KWSP,sila muat turun aplikasi berikut:

  • ADOBE ACROBAT bagi memudahkan mengisi borang permohonan i-Akaun KWSP secara online dengan menggunakan telefon pintar atau menggunakan leptop.
  • GOOGLE DRIVE bagi menyimpan segala dokumen bagi tujuan kemaskini nombor telefon.
  • APP Snapseed (Android, iOS) bagi tujuan masukkan palang “Untuk kegunaan KWSP sahaja”. Caranya adalah dengan gunakan fungsi Text. Sebab lakukan proses ini agar dokumen tak disalah guna.
  • GMAIL bagi menghantar borang permohonan dan dokumen diperlukan

TERBARU!

CARA TUKAR/UPDATE NOMBOR TELEFON(TAC) KWSP SECARA ONLINE

Berikut adalah langkah-langkah untuk kemaskini nombor telefon online:

Sila muat turun borang i-Akaun KWSP. Klik disini untuk muat turun borang i-Akaun KWSP.

Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang i-Akaun KWSP menggunakan aplikasi ADOBE ACROBAT.

Kemudian,sila lengkapkan borang dengan betul dan tepat.

Selepas selesai mengisi borang i-Akaun KWSP,sila simpan dokumen berdasarkan format berikut:

iakaundaftar_Borang_

Sila sediakan Salinan MyKad (depan dan belakang)

Simpan/Save dokumen tersebut dengan format berikut :

iakaundaftar_MyKad_

Kemudian sila berswafoto dengan memegang MyKad anda untuk tujuan pengesahan oleh pihak KWSP.Pastikan gambar jelas dan simpan/save dengan format berikut :

iakaundaftar_Swafoto_

Seterusnya, anda perlu menyediakan juga dokumen akaun penyata bank simpanan (bank statement) anda.

Dalam keadaan cahaya cukup, ambil gambar halaman maklumat akaun buku bank akaun semasa/simpanan.

Kalau anda gunakan perbankan online, ada fungsi untuk cetak penyata terbaru secara percuma daripada sana.

Gunakan APP Snapseed (Android, iOS) untuk masukkan palang “Untuk kegunaan KWSP sahaja”. Caranya adalah dengan gunakan fungsi Text. Sebab lakukan proses ini agar dokumen tak disalah guna.

Simpan/Save dengan format berikut :

iakaundaftar_Bank_

Kemudian anda perlu memuat naik kesemua dokumen anda ke aplikasi Google Drive anda agar dokumen anda selamat dan tidak hilang.

Kemudian, sila emailkan semua dokumen anda yang telah anda muat naik ke Google Drive tadi kepada e-mel rasmi KWSP iaitu, iakaundaftar@epf.gov.my.

Anda telah berjaya membuat kemaskini nombor telefon KWSP online.

Kepada permohon i-Citra yang terdapat masalah penerimaan OTP/TAC ketika permohonan kerana telah menukar no telefon, jangan bimbang. Disini kami kongsikan cara bagaimana untuk kemaskini kemaskini no telefon anda secara online tanpa perlu hadir ke kuanter KWSP.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN TANPA KEMASKINI NO TELEFON

Anda sebernarnya boleh membuat permohonan tanpa kemaskini no telefon anda terlebih dahulu. Kerana jika ingin menukar no telefon anda sebelum membuat permohonan anda perlu hadir ke kiosk / kaunter KWSP yang terdekat.

Sekiranya anda ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP tanpa menukar nombor telefon anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.

NOTA: Pastikan jawapan yang anda jawab seperti dengan soalan yang anda setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini. Seteleh selesai semuanya, anda boleh log masuk portal Pengeluaran Khas KWSP tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.

CARA KEMASKINI NO TELEFON BARU KWSP

Setelah anda berjaya Log Masuk seperti di atas, semasa membuat kemaskini pada permohonan anda, anda boleh juga kemasikini maklumat no telefon baru anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut tentang KEMASKINI NO TELEFON KWSP , sila layari laman web rasmi KWSP. Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP

ARTIKEL LAIN : SEMAK NO AHLI KWSP

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *