HOW TO REGISTER BIGPAY AIRASIA (CARA TRANSFER WANG KE LUAR NEGARA BIGPAY)

HOW TO REGISTER BIGPAY AIRASIA (CARA TRANSFER WANG KE LUAR NEGARA BIGPAY)

Pernah mengetahui dan ada dengar-dengar tentang BigPay dari AirAsia? Jika anda merupakan seorang pengembara  ataupun backpackers , katanya BigPay ini merupakan keperluan juga. kalau menggunakan BigPay, transaksi akan jadi lebih murah. Lebih-lebih lagi jika digunakan semasa melancong di luar negara. Hal ini demikian,  BigPay melaksanakan kerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan dan terselindung untuk exchange rate. Oleh itu, mari ikuti perkongsian CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA dari pihak kami. Semoga membantu

APA TU BIGPAY?

BigPay ialah aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk anda berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang – di mana-mana sahaja di dunia.

Ia boleh didapati secara PERCUMA.

Tidak seperti e-dompet, kad BigPay anda diterima di seluruh dunia.

Menariknya, ia adalah 3 dalam 1 di mana anda akan mendapat :

  1. kad prepaid mastercard, yang mana fungsinya seperti mana-mana kad mastercard biasa.
  2. eWallet untuk anda terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan.
  3. aplikasi untuk anda buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad anda.

CARA REGISTER BIGPAY ONLINE

Ikuti langkah di bawah untuk cara register BigPay AirAsia secara online.

Cara download

  1. Downloadaplikasi BigPay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, tekan butang Sign Up.

Cara apply dan register BigPay AirAsia

  1. Bagi meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal semasa anda.
  2. Akan terdapat ruangan untuk memasukkan nombor telefon anda.
  3. Pada ruangan sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia, pilih +60.
  4. Pada ruangan di sebelahnya, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan mudah untuk dihubungi.
  5. Anda perlu tekan butang Send Code OTP. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui system pesanan ringkas.
  6. Anda haruslah memasukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
  7. Sekiranya anda tidak mendapat kod secara SMS, anda perlu tekan linkyang tertera di bawah ruangan untuk memasukkan kod tersebut.
  8. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta passcodesebagai langkah keselamatan. Passcode ini adalah sebanyak enam angka. Diingatkan, anda perlu menghafal nombor passcode yang anda masukkan ini, kerana ia akan digunakan setiap kali anda login ke akaun BigPay anda nanti.
  9. Seterusnya, akan keluar kenyataan bertulis Type it againakan tertera. Masukkan sekali lagi passcode yang anda cipta untuk akaun BigPay anda.
  10. Pada laman seterusnya, akan keluar kenyataan tentang terma & syarat akan tertera.
  11. Tekan linkTerms andConditions of the BigPay Card untuk membaca terma & syarat bagi penggunaan kad BigPay yang anda akan peroleh setelah selesai mendaftar akaun anda.
  12. Anda perlu Scrollsehingga ke bawah untuk memahami segala syarat yang telah ditetapkan untuk anda sebagai pemohon kad BigPay.
  13. Kemudian, tekan butang I acceptuntuk teruskan proses daftar BigPay.
  14. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
  15. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay. Ini penting agar maklumat mudah dihantar kepada anda.
  16. Pada ruangan Date of Birth, pilih tarikh lahir anda.
  17. Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Male atau Female
  18. Pada ruangan Nationality, pilih taraf kewarganegaraan anda.
  19. Pada ruangan NRIC Number, masukkan nombor kad IC anda yang baru.
  20. Pada ruangan Occupation, pilih pekerjaan semasa anda. Pilih Othersekiranya pekerjaan yang tertera tidak berkaitan dengan anda.
  21. Pada ruangan Industry, pilih bidang pekerjaan anda sekarang. Pilih Other sekiranya tidak berkaitan dan kemudian, tekan butang Next.
  22. Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
  23. Setelah pendaftaran anda disemak dan diluluskan, anda hanya perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini.
  24. Anda boleh melakukannya secara online banking.
  25. Kemudian, anda hanya perlu tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
  26. Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda.
  27. Proses pendaftaran BigPay anda selesai.

BIGPAY SOKONG PENGHANTARAN WANG KE 38 NEGARA

BigPay ialah sebuah platform dompet digital dan kad prabayar yang memudahkan pembayaran secara nirtunai di luar negara dengan mudah dan pada kadar yang rendah. Kini eWallet ini menyokong sehingga 38 negara untuk penghantaran wang, antaranya ialah:

  • Malaysia
  • Singapura
  • Thailand
  • Indonesia
  • Filipina
  • China
  • Vietnam
  • India
  • Bangladesh
  • Nepal
  • Australia
  • England
  • Ireland Utara
  • Scotland
  • Wales
  • Portugal
  • Cyprus
  • Vatican City State
  • San Marino
  • Eropah
  • Perancis
  • Jerman
  • Itali
  • Belgium
  • Sepanyol
  • United Kingdom

CARA TRANSFER WANG KE LUAR NEGARA BIGPAY

Untuk melakukan pemindahan wang ke luar negara, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka eWallet BigPay anda
  2. Pilih negera yang anda ingin tranfer dan masukkan jumlah yang ingin di tranfer
  3. Isikan maklumat penerima dengan lengkap dan tepat dan klik next
  4. Pada ruangan pengesahkan, sahkan maklumat tersebut dan klik pada Pay
  5. Selesai, anda boleh screen shot atau download resit tersebut untuk dikongsikan kepada penerima.

NOTA: pada masa kini BigPay menawarkan pemindahan wang antarabangsa secara percuna untuk negara-negara Eropah dan UK.

CARA DAFTAR DUITNOW ID NO TELEFON (Dalam App BigPay)

Kepada anda yang ingin daftarkan nombor telefon anda sebagai DuitNow ID dalam app BigPay, berikut adalah merupakan caranya:

Penting: Pastikan no yang ingin daftarkan sebagai DuitNow ID adalah no yang didaftarkan untuk pendaftaran eWallet BigPay

  1. Buka eWallet BigPay dan log masuk akaun anda
  2. Pada menu utama, klik pada bahagian Setting (berada di penjuru kanan bawah)
  3. Seterusnya klik pada DuitNow
  4. Paparan akan secara auto memasukkan no telefon anda sekiranya bagi yang telah daftarkan no telefon tersebut di aplikasi ewallet yang lain.
  5. Untuk teruskan, tick pada kotak terma dan syarat, kemudian klik pada Switch to BigPay
  6. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia atau aplikasi akan masukkan no OTP tersebut secara automatik
  7. Selesai, no telefon anda telah berjaya didaftarkan sebagai DuitNow ID BigPay

CARA CANCEL DE-REGISTER DUITNOW ID NOMBOR PHONE eWALLET BIGPAY

Kepada anda yang ingin membatalkan/de-register duitnow ID di eWWallet BigPay untuk tujuan penggunaan digunakan kepada akaun yang lain. berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi BigPay dan log masuk akaun anda
  2. Pada menu utama, klik pada bahagian Setting (berada di penjuru kanan bawah)
  3. Seterusnya klik pada DuitNow
  4. Pada paparan ini, di bahagian BigPay Duit Now Status berada dalam keadaan Aktif (bewarna biru)
  5. Untuk nyahaktifkan, klik pada Cancel DuitNow yang berada di bahagian bawah
  6. Status confirmation cancel akan tertera, klik Confirm
  7. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia atau aplikasi akan masukkan no OTP tersebut secara automatik
  8. Selesai, anda telah de-registered BigPay DuitNow. Klik ok

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda ingin mengetahui tentang bigpay, anda boleh layari https://www.bigpayme.com/ Dan anda juga boleh bertanyakan sebarang persoalan di support.my@bigpayme.com

BACA JUGA : CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *