KAEDAH PEMBAJAAN POKOK SAWIT

KAEDAH PEMBAJAAN POKOK SAWIT

PEMBAJAAN POKOK SAWIT

MEMBAJA

4.1 Pengesyoran Pembajaan

  • Pengesyoran dibuat oleh Ahli Agronomi yang dilantik.
  • Pengesyoran dibuat berasaskan kepada pemerhatian fizikal keseluruhan daun dan analisa nutrien dalam daun.

4.2 Tempahan dan Penerimaan

  • Baja ditempah melalui prosidur stok.
  • Baja yang diterima hendaklah diambil contoh untuk dianalisa kandungan nutriennya oleh penjaga setor.

Kadar / sampel;

10 mt            –               1 sampel

1 sampel          –           1 kg baja yang digaul dari 5 beg baja

  • Beg perlu dibalik-balikkan sebelum sampel diambil.
  • Diambil melintang menggunakan alat mengambil sampel.
  • Beg yang diambil sampel perlu ditanda
  • No. D/O :
  • Pembekal :
  • Tarikh ambil sampel :
  • Beg yang diambil sampel tidak boleh digunakan sehingga keputusan makmal diperolehi dan setelah pertikaian selesai (jika ada).

4.3 Pembajaan pokok sawit

 i)   Kaedah Pembajaan

  • Kaedah “sub-soil” dibuat pada jarak 1 meter dari pangkal pokok dengan 4 lubang setiap pokok.
  • Menabur diatas susunan pelepah juga boleh dibuat untuk baja-baja tertentu.
  • Baja hendaklah ditabur dibawah kanopi yang tiada rumpai dengan menyerakkan baja tersebut.
  • Elakkan menabur ke dalam laluan air.

4.4 Rekod

  • Rekod mengenai kos baja, kos buruh dan kos pengangkutan mestilah dibuat setiap hari oleh Penyelia dan disemak oleh Penolong Pengurus dan diluluskan oleh  Pengurus .

4.5 Beg Baja Kosong

  • Semua beg baja kosong mestilah dibawa balik untuk tujuan semakan.
  • Beg ini akan digunakan untuk mengisi biji lerai.

4.6 Penggunaan Tandan Kosong

  • Kadar – 120mt perhektar untuk 3 tahun.

6.0 MAKLUK PEROSAK

6.1 Pengawalan Tikus

  • Tikus merupakan perosak yang senantiasa ada di dalam tanaman sawit matang dan boleh membawa kerosakan yang besar untuk tanaman matang dan belum matang.
  • Jika tidak dikawal, ia boleh mencapai paras yang sukar dikawal (300 ekor/ hektar) dalam tempoh kurang dari 36 bulan dan bertambah hingga menjadi 1500 ekor dalam 6 bulan berikutnya.

Ia akan mengakibatkan kehilangan sebanyak 30% hasil apabila berada pada paras 1500 ekor ini.

6.2 Mengesan Kerosakan

  • Tikus mencapai kematangan apabila berumur 3-4 bulan. Setiap ekor betina boleh melahirkan sehingga 10 ekor anak setiap 2 bulan.
  • Bancian kerosakan oleh tikus boleh dibuat jika ada kesan kerosakkan pada buah yang dituai.
  • Program meracun patut dimulakan apabila kerosakan melebihi 5%

 6.3 Kaedah Kawalan

  •    Kaedah utama adalah dengan meracun.
  • Bahan aktif utama ialah Warfarin, jika terdapat amunisasi kepadanya    barulah racun generasi kedua boleh digunakan.

6.4 Serangga Perosak Daun

  •    Daun

6.5 Kawalan Penyakit Ganoderma

  •  

6.6 Strategi Pengawalan

  • Kawasan kawalan hendaklah dibahagi-bahagikan dengan setiap satu berkeluasan kira-kira 20 hektar.
  • Penggunaan ‘rat bait dispenser’ digalakkan di mana:
  • Setiap 6 pokok diletakkan 1 dispenser.
  • Setiap dispenser mengandungi 10 biji racun tikus.
  • Penambahan perlu dilakukan selepas 3 – 4 hari sehinggalah paras     kehilangan jatuh di bawah 20%,
  • Pada kebiasaannya, kerosakan dapat dikawal selepas 4 kali penambahan.
  • Penambahan juga patut dihentikan jika tiada lagi kerosakan baru.

6.7 Penggunaan Burung Hantu

  • Boleh dilaksanakan dengan membina sarang-sarang pada kadar 1 sarang setiap 20  hektar atau lebih dan diletakkan ditempat yang tinggi.
  • Jika sumber makanan kurang, burung hantu tidak akan bersarang dan membiak.

BACA JUGA – JENIS RACUN RUMPAI

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *