PRUNING POKOK SAWIT

PRUNING POKOK SAWIT

pruning pokok sawit

Kepentingan pruning pokok sawit

  1. Adalah penting untuk memaksimakan bilangan daun agar hasil dapat dioptimakan.
  2. Oleh itu pemangkasan seharusnya diminimakan, namun utuk     memudahkan operasi penuaian, daun perlu juga dipangkas.
  3. Pemangkasan berlebihan meningkatkan pengeluaran bunga jantan dan menurunkan saiz tandan.
  4. Dari kajian yang dibuat, diperolehi:

Kaedah Pemangkasan                                          Purata Hasil (MT BTS/Thn)

  1. Memangkas hanya pelepah kering                            23.3
  2. Menyimpan 40 – 56 pelepah                                     23.3
  3. Menyimpan 24 – 32 pelepah                                     19.8
  • Perkara berikut biasanya membawa kepada pemangkasan berlebihan;
  • Pemangkasan semasa musim melawas.
  • Pemangkasan daun yang berlebihan semasa menuai.
  • Terlalu pentingkan keadaan yang kemas.

Polisi Pemangkasan / Pruning Pokok Sawit

  • Tiada daun sepatutnya dipangkas sepanjang tempoh belum matang dan Tahun Pertama penuaian. Hanya daun kering sahaja boleh dipangkas.
  • Pemangkasan sebaiknya dibuat sepanjang masa bermula dari umur pokok 48 bulan dengan kadar simpanan pelepah seperti berikut.

Umur 4 – 7 Tahun   :         Kekalkan 48 – 64 pelepah (6 – 8 spiral)

Umur 8 – 14 Tahun :         Kekalkan 40 – 48 pelepah (5 – 6 spiral)

Umur > 14 Tahun    :         Kekalkan      > 32 pelepah (4 spiral)

  • Pemangkasan pokok yang mengalami pusingan bunga jantan atau dimusim melawas.
  • Dimusim buah banyak, pemangkasan boleh dikurangkan untuk memaksimakan penuaian.
  • Pada musim melawas, pemangkasan untuk membuang pelepah gantung yang kering mesti dibuat.
  • Sentiasa amalkan tiada pelepah kering gantung sepanjang masa.

MENGKASI (CASTRATION / ABLATION)

13.1 Tujuan

  • Tujuan mengkasi ialah untuk membuang jambak bunga betina dan jambak bunga jantan kerana buah-buah yang keluar pada permulaan adalah kecil dan mempunyai kandungan minyak yang rendah.
  • Untuk mendapatkan saiz tandan yang lebih besar dan sekata diperingkat pengeluaran seterusnya.
  • Kebiasannya, pengeluaran bunga jantan dan betina diperingkat awal tidak kekal dan akan gugur. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit reput tandan kerana serangan kulat Marasmius atau pembiakan ulat Thirathaba. Tikus juga sangat gemar kepada keadaan ini.

13.2 Kaedah

  • Mengkasi biasanya dilakukan setiap bulan setelah umur pokok kelapa sawit 16 bulan ditanam di ladang atau secepat-cepatnya apabila jambak bunga mula keluar. (50% daripada jumlah pokok telah mengeluarkan bunga).

            Jenis tanah                Tempoh mengkasi                                        Bil.pusingan

            Pendalaman                Dari bulan ke  18 hingga ke 24                               4

                                                Selepas menanam

  • Mengkasi hendaklah dilakukan dengan cara menggunakan pahat yang mempunyai mata berukuran 5cm.
  • Kerja mengkasi perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tidak merosakkan pelepah pokok kelapa sawit.
  • Jambak bunga yang telah dipotong hendaklah dikeluarkan dari pangkal pokok dan diletakkan diantara baris. Amalan mengkasi digalakkan dalam penanaman.

BACA JUGA : PEMBAJAAN POKOK SAWIT

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *