Pinjaman Perumahan Melalui Bank Islam

Pinjaman Perumahan Melalui Bank Islam

Bank islam telah menawarkan 2 jenis skim pinjaman bank islam iaitu Pembiayaan Rumah Baiti dan Pembiayaan Semula Rumah Wahdah. Dengan skim ini, pihak bank dapat memudahkan anda semua untuk memenuhi impian memiliki rumah sendiri. Disini saya akan menjelaskan secara ringkas tentang kelebihan dan syarat-syarat yang perlu di patuhi untuk membuat permohonan. Antara kelebihan dan syarat-syaratnya seperti dalam jadual di bawah.

Pinjaman Perumahan Melalui Bank Islam

CIRI-CIRIPEMBIAYAAN RUMAH BAITIPEMBIAYAAN SEMULA RUMAH WAHDAH
DEFINISImenawarkan pinjaman perumahan yang menyeluruh serta mematuhi kehendak Syariah.Penurunan bayaran ansuran pinjaman perumahan dan manfaat kenaikan harga rumah
CIRI-CIRI MENARIKMargin pembiayaan sehingga 90%Pembiayaan untuk: Perlindungan Takaful Gadai Janji (MRTT) Perlindungan Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang (LTHT) Duti Setem Yuran Guaman Yuran Penilaian Hartanah Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70, yang mana terdahuluKadar Keuntungan yang kompetitif  Margin pembiayaan sehingga 90%Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70, yang mana terdahuluKadar keuntungan yang kompetitifPembiayaan untuk: Perlindungan Takaful Gadai Janji (MRTT) Perlindungan Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang (LTHT) Duti Setem Yuran Guaman Yuran Penilaian Hartanah  
KOS PENJIMATANDiskaun 20% ke atas Duti Setem bagi penyempurnaan Dokumen Perundangan Bank (Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)Tiada yuran pemprosesanTiada yuran pemprosesan
KEUNTUNGANPilihan”payment holiday” pada bulan November dan DisemberPilihan “payment holiday” pada bulan November dan Disember
KELAYAKANBerumur 18 sehingga 70 tahunWarganegara MalaysiaTidak muflis atau dikenakan sebarang tindakan undang undang  Berumur 18 sehingga 70 tahunWarganegara MalaysiaTidak muflis atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang  
DOKUMEN YANG DIPERLUKANSalinan Kad PengenalanPerjanjian Jual BeliBagi pendapatan tetap: Penyata gaji 3 bulan terkini Penyata akaun gaji 3 bulan terkini Surat pengesahan jawatan dari majikan Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP Lain lain dokumen pendapatan Bagi pemilik perniagaan: Pendaftaran Syarikat / Perniagaan 6 bulan penyata bank terkini 3 tahun penyata kewangan Borang B terkini Lain-lain dokumen pendapatan  Salinan Kad PengenalanPenjanjian Jual BeliSalinan GeranPenyata Akaun Pembiayaan SemasaBagi pendapatan tetap: Penyata gaji 3 bulan terkini Penyata akaun gaji 3 bulan terkini Surat pengesahan jawatan dari majikan Penyata Pendapatan Tetap /Borang BE/ Penyata KWSP Lain-lain dokumen pendapatan Bagi pemilik perniagaan: Pendaftaran Syarikat / Perniagaan 6 bulan penyata bank terkini 3 tahun penyata kewangan terkini Borang B terkini Lain-lain dokumen pendapatan  

Pinjaman Perumahan Melalui Bank Islam

Didalam skim pembiayaan rumah baiti, pihak bank juga telah menawarkan skim perumahan SJKP. Skim ini bertujuaan pembelian rumah kos rendah atau kos sederhana bernilai di bawah RM 150,000. Ia juga telah menawarkan jumlah pinjaman perumahan sehingga RM 300,000. Margin pinjaman perumahan sehingga 100% termasuk pinjaman untuk takaful.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH SJKP ADALAH:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penjanjian Jual Beli
  • Bagi pemilik perniagaan :
  • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
  • Pendapatan disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Penggawa atau JKKK atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
  • 6 bulan penyata bank terkini
  • 3 tahun penyata kewangan terkini
  • Borang B terkini
  • Lain-lain dokumen pendapatan
  • Bagi pendapatan tetap :
  • 3 bulan slip gaji terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata Pendapatan Tetap /Borang BE/ Penyata KWSP
  • Lain-lain dokumen pendapatan

SKIM RUMAH PERTAMAKU

Menawarkan kemudahan  skim pinjaman perumahan untuk pembelian kediaman bernialai RM100,00 sehingga RM500,000.

 Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 40 tahun
  • Rumah pertama untuk didiami sendiri
  • Untuk pemohonan berseorangan, pendapatan bulanan harus tidak melebihi RM5,000 dan bagi pemohon bersama, jumlah pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi  RM10,000 tanpa ambil kira pemohon perseorangan atau bersama, pendapatan bulanan per individu mestilah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon mestilah bekerja tetap

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah sama seperti pembiayaan rumah baiti.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *